nuff

Tuesday, 23 April 2013

Kursus Kahwin

halluu..bertemu lagi, sorry la I tengah bosan n x mengantuk lagi dats why update entry macam orang x betul, padahal baru je tadi I update kan? haha, okey la sekarang nak cakap pasal kahwin, kalau uolls nak tau, I dah buat kursus kahwin, wah heppy nya dah buat kursus kahwin ni, means dah boleh kahwin la kan (gatai) tapi yang menjadi masalah tu nak cari calon yang nak kahwin dengan I la, sape nak kahwin dengan I ( amboi ko jah, x malu tanya macam tu )..haha, kepada  yang  x buat kursus kahwin lagi tu cepat-cepat la buat sebab nanti harga untuk kursus tu akan naik, mahal ler uolls, bagi golongan students macam I ni mampu ke nak support harga bayaran untuk kursus kahwin tu? harga sekarang pun dah sakit giler bagi kitorang.. Kursus kahwin ni berjalan selama 2 hari, I buat kat tempat I belajar ni, nak kata murah tu xde la murah, jimat RM10 je dari harga asal dia, boleh la kan dari xde diskaun terus..huhu, kursus ni berjalan dari pagi sampai petang, kalau slot petang tu memang x boleh nak buka mata, x larat giler, dah la dia bagi slot petang tu slot yang x menarik minda, hati dan perasaan I, sepanjang kursus tu satu je yang I suka, nak tau apa? jeng, jeng, jeng..I suka penceramah tu, smart siot tapi sayang dah kahwin, alah muda-muda pun dah kahwin, apasal x tunggu I hah??? sakit pulak hati kita ni, x pasal-pasal I emo ni kenapa? kalau dia belum kahwin pun adakah dia akan suka kat I, semestinya tidak, sebab I ni apa ada kan? (agak merendah diri disitu..haha)..ada sorang lagi penceramah tu, muka dia macam pelakon Sofie Jikan, pastu dia punya cara pun sama wei, yang bezanya penceramah tu Uztaz and Sofie Jikan tu pelakon..macam penat pulak I nak cerita sampai habis, sini sudah la ye..hehe, nyway thanks sebab baca walaupun x menarik, cuba la anggap ia menarik walaupun semasa kamu baca entry ni ada rasa nak muntah..haha, bye,
salam sayang,
nnfmf xoxo

p/s: cepat pergi kursus kahwin, cepat boleh cari jodoh untuk kahwin :P

What is a Blog

Hai, bertemu lagi kita di blog merapu ni..hehe, hari tajuk entry  I "What is a Blog"..blog? apa tu? sejenis makanan kah? sejenis minuman kah? atau sejenis haiwan peliharaan? Jawapannya, uolls tye la encik google..haha, blog ni sebenarnya tempat untuk berkongsi cerita sama ada cerita personal atau cerita yang x personal, nak cerita pasal apa ikut korang la, dah blog korang, apa hak orang lain nak marah apa korang nak cerita tapi nak cerita tu pun kena hati-hati la sikit, jangan duk mereka cerita yang bukan-bukan pulak, nanti orang x tanya what is blog tapi orang tanya what is goblok pulak..haha, tu jela yang I tau pasal blog, so agak-agak betul x jawapan I untuk persoalan What is a Blog? fikir-fikir kan lah..hehe, 
bye,
salam sayang,
nnfmf xoxo

Saturday, 20 April 2013

Demam Gwiyomi melanda

salam sayang uolls..me again.hehe, hari ni nak cakap pasal lagu yang tengah hangat, lagu apa lagi uolls kalau bukan lagu gwiyomi, alahh lagu korean yang cute tu la..first time dengar lagu ni, terfikir sape la buat lagu ni, lagu macam budak² je tapi at de same time lagu ni buat I tertarik..hehe, lepas buat research sikit pasal lagu ni, I pun tau la serba sedikit tentang lagi ni. Lagu Gwiyomi @ Kiyomi ni lagu berasal dari Korea dan dinyanyikan oleh penyanyi dari Korea Selatan iaitu Hari, lagu ni start dikeluarkan pada 18 Feb 2013 iaitu  awal tahun baru ni tapi sejak akhir² ni makin femes menjadi²..dah macam lagu Gangnam Style pulak kepemesan dia tu, nak tau kenapa I cakap lagu ni femes sangat? sebab majoriti budak kelas I buat lagu ni sebagai ringtone untuk panggilan masuk dan jugak untuk ringtome message. Kadang² dalam kelas pun buat tarian Gwiyomi ni..hohoho. Berbalik kepada cerita I pasal asal usul lagu ni k, lagu ni mempunyai tarian yang sangat unik dan comel, tarian tu diilhamkan oleh seorang rapper yang berasal dari korean (mesti la dia berasal dari Korea,dah nama nye lagu Korea), nama rapper tersebut ialah Jung II Hoon dan juga dikenali sebagai Gwiyomi Player dalam RMK9 rancangan BToB MYV DiaryMany, rancangan yang menjadi meme Internet popular pada bulan Oktober 2012. Kini  lagu tersebut dah ada banyak version U, haha..lagu still Korean tapi tarian dia tu dah serata dunia buat..bila la nak jadi femes macam lagu Gwiyomi tu ye ??

Ni pulak video yang sekali dengan tarian, korang pilihla yang mana berkenan dihati ye..hehe






cute xtak mereka? kalau korang nak yang lagi cute korang search la kat youtube, belambak..ada satu tu memang cute sangat, budak yang buat tapi x jumpa so malas la nak cari, korang cari sendiri la,,hehe, adios amigos.
assalamualaikum dan salam sayang dari nnfmf xoxo

Friday, 19 April 2013

Cinta Sedingin Mint

Hai uolls.. bertemu lagi kita ye, setakat ni nampak nye masih xde pembaca yg membaca blog ni.. hurmm sedihnya, xpe la.. Hari ni nk citer pasal novel Cinta Sedingin Mint (kalau uolls nk beli or baca sikit² ke, terpulang kt korang la, overall novel ni best but for me la, x tau la pulak macam mana pandangan korang tentang novel ni lepas baca sinopsis dia 〷◠‿◠〷  ).. Berbalik kepada cerita asal kita tadi, I rasa novel ni ada persamaan dengan hidup I dengan bekas kekasih I, apa yang berlaku antara Zamir dengan Cartaz Amani ada persamaan dengan hidup I ( alah sikit je pun persamaan, tu pun nk kepoh ke?).. yang samanya apabila Zamir hilang tanpa apa² berita dan langsung tidak mengkhabarkan berita kepada Cartaz Amani, same as me when my ex do the same thing like Zamir do to Cartaz, yang bezanya Zamir ada masalah tapi my ex tu bukan ada masalah pun, dia tu yang bermasalah. Buat pape x pernah nak fikir tentang perasaan orang pun..huhu, and the ending is I putus dengan ex I tu and Cartaz putus dengan Zamir, yang bezanya Cartaz putus sebab dia sedar yang dia tidak lagi cintakan Zamir, dia dh jatuh cinta kepada Halifie.  I pulak putus sebab x tahan dengan cara ex I layan I, couple pn macam x couple so I decide nk putus, and at the end I still xleh lupa dia, sedangkan dia sekarang ni tengah bahagia dengan awek baru..hoho (cepatnya ada penganti (ʃ_⌣̀ )/|| )..I jugak yang duk sedih sorang²..xpe la kan,sekarang time dia bahagia, nanti turn I pulak..now I just need to focus on study je, biar sampai berjaya, biar sampai dia terbeliak biji mata tengok I..haha. Sampai sini saja celoteh kita hari ini, bertemu lagi di lain hari dan lain masa yang I free and rajin nak update blog merapu ni..hehe, by uolls,Assalamualaikum dan salam sayang dari nnfmf  ʘ‿ʘ

Thursday, 18 April 2013

new blog

yeah my new blog!! tp x cantik pn sbb x pandai nak hias blog ni, maklum la x kreatif.  tengah bosan2 then terasa nk buat blog wlaupun sebenarnye x reti nk menulis, hmm gerenti blog ni nanti jd sunyi sepi, xde entry pn sbb tuan dia ni bkn pandai nk berceloteh pn klo temberang tu pandai la..haha, nyway kepada sesiapa yang singgah blog ni harap cuba la untuk suka walaupun anda x suka, layan je la blog yang x berapa nk vouge ni.. haha..#selamat datang ke dunia kebosanan :)